Suspek lelaki yang disyaki membunuh isterinya di sebuah hotel di Batu Gajah, Perak pada Khamis direman selama seminggu sehingga 27 Jun depan.<br />Permohonan reman berkenaan dibenarkan Majistret Azlin Zeti Zainal Abidin selepas lelaki berusia 36 tahun itu dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Gajah pada Jumaat.
