Malaysia merekodkan pelaburan diluluskan RM83.7 bilion dalam tempoh tiga bulan pertama 2024, naik 13 peratus berbanding RM74.1 bilion yang dicatatkan sepanjang tempoh sama tahun lalu.<br /><br />Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata pencapaian suku pertama 2024 itu turut menyaksikan sejumlah 29,027 pekerjaan baharu diwujudkan daripada 1,257 projek.<br />