PENERAPAN perubahan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) memerlukan anjakan minda dan ia lebih daripada sekadar mematuhi peraturan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.<br /><br />Menurut Anwar, adalah penting untuk mengakui bahawa mencapai pelepasan karbon sifar bersih memerlukan usaha kolaboratif melibatkan kerajaan, sektor swasta dan rakyat Malaysia sendiri.
