LEBIH 30 tahun bergelar penghibur, penyanyi Datuk Awie sudah melalui pelbagai detik manis dan pahit sepanjang kariernya.<br /><br />Cerita Awie atau Ahmad Azhar Othman, 56, pemergian ibu tercinta iaitu Allahyarham Azizah Abdul Hamid akibat sakit tua pada 12 Disember 2014 paling meninggalkan kesan mendalam dalam dirinya.<br /><br />Mana tidaknya, dalam menanggung kesedihan dia terpaksa mengukir senyuman apabila meneruskan persembahan teater Takhta Tiga Ratu yang berlangsung sehari selepas pemergian ibunya.
