Dalam perkembangan lain, Nik Nazmi berkata kementeriannya melalui Jabatan Meteorologi Malaysia sedang memantau rapat perkembangan La Nina yang dijangka membawa cuaca yang lebih lembap antara Julai dan September ini.<br /><br />Menurut beliau, kementerian itu turut akan bekerjasama dengan beberapa kementerian lain khususnya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebagai persiapan menghadapi fenomena itu.<br />
