Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil pelbagai pendekatan serta mekanisme untuk menaikkan semangat dan motivasi guru bagi mengelakkan mereka daripada terus memilih untuk bersara awal.<br /><br />Menterinya Fadhlina Sidek berkata KPM memandang serius terhadap isu itu namun tetap memberikan ruang sepenuhnya kepada guru terbabit membuat keputusan selepas intervensi dilakukan.