JIJIK perlu melakukan babak mencium dan menjilat kaki aktres Farah Ahmad, pelakon Hariz Hamdan bagaimanapun tetap berusaha melakonkan aksi itu dalam drama bersiri X-Change.<br /><br />Sebagai seorang pelakon, Hariz, 22, berkata dia memegang tanggungjawab besar dalam menghidupkan jalan cerita sesebuah drama atau filem.<br /><br />Cerita Hariz, semasa melakonkan babak itu, dia hampir muntah namun terpaksa menahan perasaan itu kerana perlu dilakukan beberapa kali.
