PERTAMA kali bergelar ibu, penyanyi Datin Alyah berkongsi cerita bagaimana dia memilih nama buat anak angkatnya iaitu Nur Izzara.<br /><br />Alyah atau Nor Hasliah Abu Hassan, 43, berkata nama anaknya itu diambil dari sebuah restoran di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di Ayer Keroh, Melaka.<br /><br />"Saya tak pernah ada pengalaman sebelum ini tapi nama anak saya ini diambil ketika saya singgah ke R&R dan ada restoran Izzara di situ.
