Setiap negeri yang bertanding pada Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak pada 17 hingga 24 Ogos ini tidak sepatutnya menjadikan kekangan kewangan sebagai alasan untuk meminta supaya penganjur menanggung sebahagian perbelanjaan.<br /><br />Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata ini kerana temasya sukan itu merupakan satu keperluan dalam memastikan negara tidak ketandusan bakat muda.<br />