SUDAH lama meninggalkan dunia hiburan, ahli kumpulan Feminin iaitu Asfarina Muhammad mengakui dirinya sudah tidak lagi mampu untuk menyanyi di hadapan orang ramai.<br /><br />Asfarina atau lebih mesra dengan panggilan As, 49, berkata perasaan malu dan tidak yakin diri itu semakin menebal apabila dia sudah jarang membuat persembahan.
