PELAKON Nora Danish menyifatkan ucapan mesra aktres Zarina Anjoulie kepada bekas suaminya hanyalah sekadar luahan rindu sebagai seorang sahabat baik.<br /><br />Nora berkata, Zarina dan Nedim sudah lama bersahabat dan tidak mempunyai sebarang masalah dengan aktres berkenaan.<br /><br />Malah, dia juga tidak kisah sekiranya Zarina dan Nedim mempunyai hubungan lebih daripada seorang sahabat kerana dia sudah tidak ada kaitan dengan bekas suami.