Kementerian Dalam Negeri (KDN) sudah membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2024 berhubung kewarganegaraan pada Majlis Raja-Raja pada Khamis, dan menerima maklumbalas positif mengenainya.<br /><br />Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bagaimanapun berkata, masih ada perkara yang perlu diperhalusi dengan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) sebelum ia melalui bacaan buat kali kedua di Dewan Rakyat.<br />