Kementerian Luar menerusi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka sedang giat memantau keadaan di Bangladesh berikutan tunjuk perasaan pelajar-pelajar di sana.<br /><br />Kini usaha penyelarasan bersama pihak berkuasa tempatan sedang giat dijalankan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua warga Malaysia di negara itu, walaupun menghadapi gangguan perkhidmatan telekomunikasi yang meluas.<br />
