Gangguan air di tujuh daerah akibat pencemaran bau yang dikesan di beberapa sungai di Selangor dijangka pulih sepenuhnya Jumaat ini.<br /><br />Exco Infrastruktur dan Pertanian Negeri Izham Hashim, berkata bekalan air kepada pengguna di sebahagian kawasan yang terjejas juga dijangka pulih seawal 8 pagi hari ini susulan kesemua Loji Rawatan Air (LRA) yang terlibat telah beroperasi sepenuhnya.<br />
