Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu tegas dalam isu penajaan arak di sekolah vernakular dan tidak membuat sebarang pusingan U demi memenuhi kehendak beberapa pihak berkepentingan.<br /><br />Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, perkara tersebut tidak boleh terus menjadi normalisasi dalam masyarakat kerana berupaya menjadi ancaman dan memberi implikasi buruk dalam kehidupan.<br />
