Kerajaan akan menetapkan lokasi bekalan minyak masak paket bersubsidi kepada premis peruncitan, bagi memastikan ketirisan barang kawalan itu tidak lagi berlaku.<br /><br />Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Armizan Mohd Ali berkata sebelum ini, syarikat pembungkusan dibenarkan menentukan lokasi pengedaran atau membuat penghantaran bekalan minyak masak mengikut permintaan.<br /><br />