ISU buli dalam kalangan pelajar sekolah mahupun penuntut di universiti kembali diperkatakan di media sosial sejak kebelakangan ini.<br /><br />Perkara itu juga membuatkan ramai ibu bapa berasa takut memasukkan anak-anak mereka ke sekolah berasrama penuh disebabkan bimbang mereka akan menjadi mangsa buli.<br /><br />Bagi pelakon dan usahawan Aeril Zafrel, dia tidak merancang menghantar anak-anaknya ke asmara namun bukan disebabkan bimbang mereka dibuli.