SCHA Elinnea antara pelakon cantik yang semakin menyinar dalam industri seni tanah air. Apatah lagi, rezeki anak tunggal itu semakin lebat dengan tawaran drama yang tak putus-putus.

Namanya kian menjadi sebutan selepas drama adaptasi novel popular, Nuh & Nayla yang ditayangkan di slot Akasia TV3 mencatat rating luar biasa sekali gus menduduki carta pertama dalam Tonton.

Pelawaan SinarPlus sebagai wajah muka depan Ahad diterima dengan baik dan kami berpeluang untuk menggali dengan lebih mendalam sisi anak jati Kelantan itu.

Siapa sangka, rupa-rupanya ada bakat terpendam yang mungkin ramai tidak tahu tentang Scha Elinnea, selain pandai berlakon dan menunggang kuda.

Pengasas produk kecantikan, Drusilla Beauty itu juga pernah diganggu peminat psiko sehingga beliau terpaksa melakukan sesuatu. Si cantik manis itu juga menyimpan rahsia bahawa beliau sangat takutkan sesuatu. Apakah ia?

Banyak lagi yang dikongsi pencinta kucing kepada pembaca SinarPlus. Untuk mengetahui lebih lanjut, jangan lepaskan peluang untuk menonton video pendek ini.

Layari sinarplus.sinarharian.com.my.
Jangan lupa follow kami di X, Instagram, YouTube, TikTok dan Threads SinarPlus.
Join grup Telegram kami untuk info dan kisah penuh inspirasi.

#coversinarplus #schaelinnea #selebriti #instafamous #model #pelakon #SinarPlus q#fyp #lifestylesinarharian #fypシ゚viral

Personaliti: SCHA ELINNEA (@schaelinnea @schaell23)
Teks/ video: ARZIANA MOHMAD AZAMAN (@arziana_azaman)
Editor: ZAITON ABDUL MANAF (@honeza)
Grafik/Reka letak: ASFALILI KASIM (@exfalily) & HAZEMI NAZAHAR