Presiden Bangladesh, Mohammed Shahabuddin mengarahkan pembebasan bekas Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang, Khaleda Zia yang dipenjarakan beberapa jam selepas musuh politiknya, Sheikh Hasina digulingkan dan tentera mengambil alih kuasa.