Hasil pemerhatian melalui Ops Kesan 2.0 bagi mengekang aktiviti pencatutan susulan penyasaran subsidi diesel sepanjang dua bulan lepas, telah menyaksikan kadar pematuhan yang tinggi oleh pengusaha stesen minyak.<br /><br />Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata, sepanjang 8 Jun hingga 4 Ogos lepas, pihaknya hanya menerima 83 aduan awam rasmi berkaitan isu kenaikan harga barang dan perkhidmatan.<br />
