KEHADIRAN pelakon Amir Ahnaf ketika konsert Dolla Re:Birth The Experience pada 3 Ogos lalu menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen.<br /><br />Mana tidaknya, Amir sebelum ini dikatakan mempunyai hubungan mesra dengan salah seorang anggota Dolla iaitu Angel.<br /><br />Tampil menjawab khabar angin tersebut, Angel atau Angelina Chai Ka Ying, 24, menegaskan dia hanya sekadar berkawan baik dengan aktor berkenaan