NAMA pelakon Amir Ahnaf menjadi bualan selepas dikatakan sedang bercinta dengan salah seorang anggota kumpulan Dolla iaitu Angel.

Spekulasi tentang perkara itu lebih hangat apabila Amir hadir menyaksikan konsert Dolla Re:Birth The Experience yang berlangsuang di Zepp Kuala Lumpur pada 3 Ogos lalu.

Tampil menjelaskan hubungan mereka, kata Amir mereka mula kenal sejak tahun lalu dan dia sendiri yang meminta untuk hadir ke acara konsert tersebut.

Menegaskan hubungan mereka hanya sebagai rakan, Amir juga terkejut apabila timbul cerita tentang mereka berdua.