Polis merakam percakapan lima pegawai penjara dalam kes cubaan menyeludup dadah menggunakan dron di Penjara Tapah, Jumaat lalu.<br /><br />Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, mereka yang dipanggil termasuk anggota yang mengawal rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan pengawal pos bagi membantu siasatan.<br />