PAU 2024: Peluang tarik semula ahli yang kecewa dengan UMNO

Perhimpunan Agung UMNO 2024 (PAU 2024) disarankan menjadi platform untuk ahli dan kepimpinan memperkukuhkan hubungan sesama mereka dan bangkit semula sebagai sebuah parti yang utuh.

Bekas perdana menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, gunakan wadah ini untuk membincangkan UMNO semakin relevan.

Dalam PAU juga, parti seharusnya melakukan 'bedah siasat' segala kelemahan dan kekurangan kerana selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), sokongan terhadap UMNO dilihat semakin merudum.

Beliau berkata demikian dalam rakaman program Interviu pada Jumaat.

#BeritaSemasa #SinarHarian #PerhimpunanAgungUMNO #UMNO