PENGARAH dan penerbit Datuk Yusof Haslam memberitahu dia reda dengan nasib yang menimpa rumah tangga anaknya iaitu pelakon Syamsul Yusuf dan isteri Ira Kazar.<br /><br />Tiada istilah gembira mendengar perkhabaran itu, sebaliknya Yusof berkata dia dan isterinya iaitu Datin Patimah Ismail terkejut dan bersedih dengan apa yang berlaku.
