Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil beri jaminan kepada wartawan jika menjadi mangsa gangguan seksual tidak kira sama ada lelaki atau wanita selain menyeru untuk membuat laporan polis dan menyampaikan maklumat kepadanya. <br /><br />“Kita akan usaha untuk pastikan keselamatan terjamin dan keadilan dapat ditegakkan untuk mereka yang merupakan mangsa gangguan seksual,” katanya.
