USAHAWAN Mohamad Hanif Omar menepis dakwaan dibuat oleh ikon media sosial dan usahawan popular iaitu Wak Doyok yang mendakwa mengalami kerugian sebanyak RM3 juta.<br /><br />Menurut Hanif, 29, dia sama sekali tidak pernah menjanjikan pulangan sebanyak itu, malah syarikat WD Food Group sudah membayar sebanyak RM800,000 sebagai keuntungan daripada pelaburan yang dilakukannya.
