Satu keluarga berdepan detik cemas selepas kereta yang dipandu seorang wanita terbabas ke dalam sungai.

Video tersebut tular selepas dimuat naik @Mrkay menerusi TiktTok.
Dalam perkongsian tersebut, beliau memaklumkan, mangsa telah melanggar sebatang tiang lampu berhampiran sebelum terjunam ke dalam sungai.

Dalam rakaman video berkenaan, kedengaran seorang kanak-kanak lelaki meminta untuk diselamatkan oleh orang awam sebelum kenderaan yang dinaikki ditenggelami air sepenuhnya.

Turut kelihatan dua kanak-kanak perempuan yang masih kecil berjaya diselamatkan orang awam yang melihat kejadian itu.

#sinarplus #lifestylesinarharian #keretaterbabas #sungai #tenggelam #air