Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada juara badminton para negara, Cheah Liek Hou, atas kejayaan meraih pingat emas pertama Malaysia di Sukan Paralimpik Paris 2024 pada Isnin.<br /><br />Dalam satu hantaran di X, Anwar menyatakan rasa bangganya terhadap pencapaian Cheah yang berjaya mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.<br />