Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan semasa sambutan ulang tahun Khazanah ke-30 berkata kerajaan memberikan amanah yang sangat besar kepada Khazanah untuk menentukan wajah Kuala Lumpur supaya tidak hilang daripada wajah warisan negara dan bangsa.<br /><br />"Sebelum Belanjawan bulan Oktober ini, saya nak pastikan gambaran jelas kepada negara, ada usul memulakan wajah Kuala Lumpur yang tidak terpisah daripada warisan budaya gemilang kita," jelas Anwar.<br /><br />#AWANInews
