Persiapan penganjuran Sukan SEA 2027 tidak terjejas walaupun Sabah memutuskan untuk mempertimbangkan semula cadangan menjadi penganjur bersama temasya tersebut, kata Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.<br /><br />Beliau menjelaskan bahawa Majlis Sukan Negara tetap meneruskan persiapan penganjuran, apatah lagi Sarawak dan Pulau Pinang telah memberikan komitmen tinggi untuk menjadi hos bersama acara tersebut.
