Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar telah diarahkan untuk melakukan kajian dan menyediakan laporan lengkap berhubung isu pensijilan halal.<br />Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata arahan itu disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri yang berlangsung pada Rabu.<br />Fahmi berkata, Perdana Menteri mahu hasil kajian dan laporan lengkap dibentangkan pada mesyuarat Jemaah Menteri minggu depan.