PENGACARA dan penyampai radio Faizal Ismail pernah menjadikan rakan hos sebagai bahan jenaka ketika mengacarakan Anugerah Juara Lagu (AJL) suatu ketika dahulu.<br /><br />Faizal, 48, bagaimanapun berkata, semua bahan gurauan yang dilakukan di atas pentas bersama rakan gandingan iaitu Cheryl Samad dan Ally Iskandar sudah pun dirancang terlebih dahulu.<br /><br />Hal itu bagi mengelakkan berlaku sebarang salah faham agar tiada pihak berkecil hati dengan gurauan dibuat.