Istiadat perkahwinan anakanda Sultan Pahang, Putera Diraja Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar dengan pasangan Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan akan dilangsungkan pada 24, 25 dan 27 Oktober ini. <br /><br />Perkhabaran manis mengenai istiadat perkahwinan diraja anakanda ketiga Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu diutuskan menerusi perkongsian di laman Facebook rasmi Kesultanan Pahang pada Isnin.<br />
