UMNO komited memperkukuhkan parti serta mengekalkan kerjasama baik antara parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.<br /><br />Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu menyatakan dalam hantaran Facebook malam ini bahawa perpaduan merupakan kunci kekuatan untuk parti menghadapi cabaran mendatang.<br />