Nahas pelajar UiTM: 'Saya hilang tiga sahabat baik sekali gus'

"Saya masih tak percaya kehilangan tiga sahabat baik sekali gus," luah pelajar jurusan Perakaunan, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Muhammad Hazarul Ashwaq Azhar, 20, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.

Muhammad Hazarul Ashwaq merupakan sahabat baik empat penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun yang terlibat dalam kemalangan pada malam Rabu di Jalan Pantai Sura, Dungun.

Tiga mangsa maut manakala seorang parah apabila sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandu seorang wanita berusia lingkungan 40an merempuh dua motosikal dinaiki mangsa.

Mangsa yang maut ialah Muhammad Akmal Md Tukirin, 25; Khairil Anwar Jamaludin, 20 dan Ku Adib Aizad Ku Azmi, 20 manakala mangsa parah, Muhammad Ammar Danish Mohammad Ridwan, 20.

Artikel : https://www.sinarharian.com.my/article/690155/berita/semasa/nahas-pelajar-uitm-saya-hilang-tiga-sahabat-baik-sekali-gus

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #PelajarUITM #Dungun #Maut