'Jantung lemah, tapi syukur saya belum nyanyuk'

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersyukur kerana dirinya mudah melalui proses pemulihan walaupun keadaan jantung lemah kesan pembedahan pintasan yang dilakukan pada tahun 1989 dan 2007.

Katanya, beliau boleh bekerja walaupun tidak sekuat dahulu dan paling penting masih mampu berfikir, bercakap dan tidak nyanyuk.

Tun Dr Mahathir berkata demikian dalam program Interviu yang dihoskan Pengarang Eksekutif Digital Sinar Harian, Ruzy Adila Idris baru-baru ini.

TONTON VIDEO PENUH DI: https://www.youtube.com/watch?v=sQlEv5-fNRo

#BeritaSemasa #SinarHarian #Interviu #TunDrMahathir #TunMahathir