Sembilan hari sudah berada di PPS

Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bunut, Ayer Hitam Batu Pahat, umpama rumah kedua buat 15 mangsa banjir, sejak 7 Oktober lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Memasuki hari kesembilan berada di PPS berkenaan pada Selasa, mangsa banjir dari Kampung Talang Bunut dan Kampung Olak Batu mula tidak sabar mahu pulang ke kediaman masing-masing.

Namun, mangsa banjir resah memikirkan keadaan rumah yang kini dilanda fenomena 'banjir termenung' atau air bertakung disamping keadaan cuaca ketika ini yang semakin memburuk.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Elevate dari www.bensound.com