Kerajaan akan memastikan bekalan sayur yang popular dalam kalangan pengguna mencukupi dengan kadar harga munasabah sempena Deepavali ini.<br /><br />Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Ali berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bagi mengelakkan potensi kenaikan harga barangan itu.
