Pejabat PBB untuk Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) menyeru agar pintu masuk ke Utara Gaza dibuka bagi membolehkan bantuan kemanusiaan disampaikan kepada penduduk awam.<br /><br />Menerusi satu hantaran di X, agensi itu berkata tindakan itu diperlukan kerana <br />mereka tidak dapat menjalankan operasi kemanusiaan pada skala yang diperlukan dengan hanya bergantung kepada beberapa laluan masuk yang mencabar dan sukar diakses.