Pemisahan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya perlu dibuat secara teratur

Pemisahan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa, sebaliknya perlu dibuat dengan teratur sebelum sebarang undang-undang berkaitan dibawa ke Parlimen.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata pelbagai usaha sedang dilakukan untuk melihat sama ada kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya boleh dipisahkan.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #AG