Tiga wartawan terbunuh akibat serangan Israel di Lubnan pada pagi Jumaat, mencetuskan kecaman pejuang hak asasi manusia yang mengutuk kematian wartawan di rantau Asia Barat.<br /><br />Jawatankuasa Melindungi Wartawan (CPJ) mengutuk keras serangan tersebut dan menggesa komuniti antarabangsa mengambil tindakan untuk mengakhiri "pola kekebalan Israel dalam pembunuhan wartawan yang berlanjutan."
