Tangan kiri pelawak Ali Putehh berkemungkinan terseliuh gara-gara tersalah posisi menjatuhkan tangannya dahulu selepas 'dirembat' oleh pelakon Sofi Jikan.

Ali bagaimanapun berkata dia tidak menyalahkan Sofi Jikan yang menjiwai wataknya sebagai artis jemputan untuk kumpulan Putehh di minggu keenam Muzikal Lawak Superstar 4.

Menurut Ali, dia dan dua ahli kumpulannya iaitu Man Raja Lawak dan Aya Amiruddin sememangnya sudah merancang babak tersebut dengan Sofi Jikan.