BEKAS isteri pengarah Syamsul Yusof iaitu Ira Kaza sudah terbiasa dengan kecaman netizen sehingga mampu mengambil sikap tidak peduli tentangnya.<br /><br />Bagi Ira, 29, netizen mengecam disebabkan tidak tahu tentang perkara sebenar dan hanya meninggalkan komen berdasarkan maklumat diperoleh di media sosial.<br /><br />Sebaliknya kata Ira, hatinya terguris apabila bapanya yang juga pelakon Kazar Saisi menjadi sasaran kemarahan netizen walaupun tidak pernah melakukan sebarang kesalahan.