HAMPIR dua bulan bercerai, hati bekas isteri pengarah Syamsul Yusof iaitu Ira
Kazar belum tertutup untuk berkahwin lagi sekiranya bertemu jodoh pada masa hadapan.

Bagaimanapun Ira atau Faghirah Fatini Kazaruddin, 29, berkata, kriteria utama lelaki untuk dijadikan suami selepas ini bukanlah dalam kalangan selebriti atau berpengaruh.

Bercakap soal jodoh, kata Ira, selepas ini dia akan berhati-hati dalam memilih pasangan hidup.