Seorang remaja lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika mahu mengecas telefon bimbit di soket dalam sebuah bas ekspres di Penang Sentral, Pulau Pinang pada Jumaat.<br /><br />Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, mangsa Mohamad Nur Asymawi Jasmadi, 18 tahun ditemukan maut dalam kejadian kira-kira jam 6.10 petang.
