Pengambilalihan MASwings dimuktamad sebelum hujung tahun

Proses pengambilalihan syarikat penerbangan MASwings oleh kerajaan Sarawak dijangka dimuktamadkan sebelum hujung tahun ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, berkata pada masa ini, rundingan masih dijalankan di antara kedua-dua pihak iaitu MASwings dan kerajaan Sarawak.

Beliau menjawab soalan tambahan Mohd Nazri Abu Hassan (PN-Merbok) yang ingin tahu perkembangan rundingan bagi proses pengambilalihan MASwings oleh kerajaan Sarawak.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

#SinarHarian #Beritasemasa #MASWings #parlimen