Surprise Me!

Keselamatan diri murid keperluan khas ditingkatkan dalam kurikulum baharu

2024-11-05 4,847 Dailymotion

Keselamatan diri murid keperluan khas ditingkatkan dalam kurikulum baharu

Kementerian Pendidikan (KPM) akan meningkatkan inisiatif aspek keselamatan diri dalam kalangan murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) melalui pembangunan kurikulum baharu iaitu Kurikulum Persekolahan Pendidikan Khas 2027.

Timbalan Menterinya, Wong Kah Woh, berkata ini kerana KPM berpandangan keselamatan diri murid adalah aspek penting yang perlu diberi perhatian khusus terutamanya kepada MBPK.

Beliau menjawab soalan Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi (PN-Kuala Kedah) yang meminta Menteri Pendidikan menyatakan kesediaan kementerian untuk menerapkan pelajaran mengenai keselamatan diri dalam sukatan pelajaran MBPK.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

#SinarHarian #Beritasemasa #parlimen #KPM #MBPK #kurikulumkhas

Buy Now on CodeCanyon