PRN Sabah: Hajiji anggap pertemuan BN-PH Sabah positif

Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Seri Hajiji Noor melihat pertemuan tidak rasmi antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Sabah baru-baru ini satu perkara yang positif, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.

Beliau yang juga Ketua Menteri Sabah berkata, pihaknya menganggap perjumpaan tersebut adalah urusan kedua-dua parti berkenaan.

Pengerusi GRS itu juga mengulangi pendirian bahawa pihaknya tidak menolak mana-mana ruang kerjasama dengan parti lain.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNSabah #HajijiNoor #pilihanraya