40 peratus golongan B60 tiada pendaftaran kenderaan dengan JPJ

Kerajaan melihat kaedah mengenakan levi mengikut pemilikan kenderaan dalam pelaksanaan penyasaran subsidi RON95, berisiko menyebabkan keciciran lebih besar dalam kalangan golongan sasar yang boleh dibantu.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata ini kerana berdasarkan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU), kira-kira 40 peratus daripada keluarga sasar iaitu B60, tidak mempunyai pendaftaran pemilikan kenderaan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Beliau berkata demikian bagi mengulas cadangan Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat mengenai kaedah mengenakan levi mengikut pemilikan kenderaan dalam pelaksanaan penyasaran subsidi RON95.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #B60 #RafiziRamli